extraordinarydesign

Just another WordPress.com weblog

Air mata November 21, 2009

Filed under: Uncategorized — extraordinarydesign @ 3:10 pm

Air mata

Titisan air mata seorang kekasih…
Kasihnya setia…
Pandangannya pada rindu yang menusuk amat menggila…
Apakah tusukan ini terubat dengan air mata?
Kerana setia…
Hatinya menderita…
Inilah ujian di dunia…
Moga teguh iman kekasih sepertinya…
Sujud berdoa setiap masa…
Dengan badan yang menggigil-gigil di hadapan tuhannya…
Dia berdoa..
“Ya Allah, aku ini hamba berdosa..
Cintakan nizam lebih daripada segalanya…
Aku mengguris-Mu Ya Allah tuhan alam maya…
Ampuni dosa bercinta…
Kurangkan penderitaan kami berdua…
Temukan jodoh secepatnya…
Pertemukan cinta kami di syurga selamanya…
Kerana aku tahu, hidupku tidak lama…”
Ameenkan doa nurliyana binti baudin duhai pembaca…
Doakan kejayaan aku didunia dan di akhirat sana…

 

Takde otak, bodoh dan berlagak sombong November 21, 2009

Filed under: My life — extraordinarydesign @ 3:09 pm

Takde otak, bodoh dan berlagak sombong

Orang tak berotak memang ske buat bende2 bodoh…
Tak pk pasal orang laen…
Yang dia tau diri dia puas…
Orang tak berotak suke ambil hak orang lain sesuka hati…
Tak pk kperluan orang…
Ada otak tapi seperti tak berotak..
Hidup dengan angan-angan palsu tanpa usaha..
Tu juga dinamakan bodoh…
Bodoh tapi berlagak pandai…
Macam tau semua tapi sebenarnya tak tau apa-apa…
Orang macam ni bukan je bodoh tapi sombong…
Tak pernah ada usaha nak bertanya dan belajar daripada sejarah hidup…
Kerana terlalu banyak prasangka pada agama…
Allah tu seperti tuhan yang hanya wujud di saat dalam kesusahan…
Angkuh diri hebat padahal ditarik sedikit nikmat terus sujud minta bantuan tuhan…
Kita manusia hanya punya asa…
Yang kuasa itu adalah Allah…
Janganlah buang otak lalu menjadi bodoh dan berlagak sombong…
Masih banyak reality hidup yang perlu dihayati dan dihargai…
Semua hanya terjadi dengan redha Allah…
Tunduk dan sujudlah mengharap keredhaan-Nya!!!

 

Wei, hidup ni kene belajar la wei!!! November 21, 2009

Filed under: My life — extraordinarydesign @ 3:07 pm

Wei, hidup ni kene belajar la wei!!!

Pembelajaran dalam hidup itu adalah suatu perkara yang tak ada siapa pun dapat elakkan.
Setiap kali aku rasa aku dah mendekati hidup dan memahami sesuatu, tuhan itu telah membawa aku melalui hidup yang sedikit tragis.
Aku sepatutnya faham bahawa Allah lakukan semua ini untuk menundukkan aku padaNya…
Walau sehebat manapun diri ini,
Walau sekuat mana pun usaha aku kerah,
Walau setia manapun kasih, cinta dan sayang,
Walau sekuat manapun tangisan dan tawa…
Aku ini masih insan…
Untuk membuatkan aku rasa aku layak bercinta dengan pencinta Al-Quran…
Aku telah berusaha belajar Bahasa Arab dengan kawan2 aku daripada Arab Saudi, Iraq dan Mesir…
Aku pergi ke pondok2 untuk memahami jiwa pencinta kalam Allah…
Aku cuba mendalami bait-bat syair…
Aku cuba mendalami sendiri bidang yang nizam ceburi…
Alangkah malang diri aku ni..
Semakin dalam aku cuba salami apa yang Nizam belajar dan cuba fahami…
Aku tenggelam dalam rasa rendah diri yang teramat sangat…
Yang kadang2 aku sendiri rakus nak genggam impian sehingga terlupa akan wujudnya satu kuasa agung…
Harapan dan impian dipanggil cita-cita..
Syukur itu adalah jambatan untuk menggapai cita-cita…
Hati yang telus itu adalah untuk penghubung cita-cita dan satu realiti…
Aku percaya semua usaha aku tak sia-sia..
Mungkin aku harus berkorban sedikit… untuk mendapatkan yang terhebat…
Masa masih panjang…
Pelajaran belum tamat…
Aku niatkan perjalanan kehidupan hari ini dan mendatang adalah untuk memperbetulkan kelemahan dan menyucikan hati, impian dan cita-cita…
Semoga kehidupan perempuan pelik macam aku ni diredhai Allah…
Kerana setiap kali aku uji diri aku…
Aku sentiasa merasa aku terbawah…
Yana boleh!!!!!!!!!!

 

aku nak jadi yang terbaik November 14, 2009

Filed under: Uncategorized — extraordinarydesign @ 11:03 pm


opa…
thanks dengar semua problem…
thanks accept me the way i am,…
u r sooo nice to me since the first time i met u…
terharuuuuu
ooo Allah..
jadikan yana insan terbaik, solehah dan sihat dan bersyukur…
yana nak hepikan opa…
tu impian yana

 

moga berjumpa yang terbaik November 14, 2009

Filed under: LOVE — extraordinarydesign @ 8:19 pm

aku tak baik sgt…
aku tak bagus…
aku tak sebaik oppa..
aku sedar…
aku tak sekuat oppa..
aku selalu doa oppa jumpa pompuan yang terbaik…
ntah kenapa, aku rasa rendah diri…
aku tak rasa aku layak…
moga Allah hadirkan pompuan yang solehah untuk dia…
aku rasa rendah diri dengan keadaan diri aku hari ni..
maaf…
yana tak mampu jd sebaik n sesolehah pompuan yang alim lg baik…
tak tudung labuh…
tak baik…
tak sihat…
tak solehah…
rasa tak layak…
pertemukan mohd nizam mohd noor sham dengan pompuan yang terbaik!!!
moga dia bahagia..
tu je yana mampu doa…tak terdaya..
makin lama rasa makin tak terdaya… n tak terbaik…
maaf…

 

hargai… November 12, 2009

Filed under: My life — extraordinarydesign @ 1:31 pm

Ada terlalu banyak perkara dalam idop ni aku kene belajar..
Tak perlu nak pergi jauh2…
Makayah, nenek2 n atuk aku yang ada depan aku ni sumber inspirasi aku…
Sejak aku sakit, ramai orang selalu tolong aku..
Bagi semangat idop…
Nanti, aku nak tolong orang pulak la..
Yelah, life ni kan macam roda..
Hari ni hari aku,
Esok hari orang laen…
Terharu r dengar zainab cakap kat kawan2 die: “aku nak jadi macam kakak aku”….
Adam pun cakap: “aku nak jadi macam kakak aku”… kat member2 dia…
Baek sangat ke aku ni?
Bagus sangat ke aku ni?
Bile terdengar adik2 nak jadi macam aku… aku semangat lagi nak belajar sungguh2 n jadi inspirasi diorang…
Aku ni dahla gila2 n suke merepek2…
Ntah apa yang best pasal aku pun aku tak tau…
Tapi, lagi terharu tengok karangan yang zainab and adam wat time sekolah pasal idola saya… “kakak saya”.. perghh… menitik air mata aku…
Lagi pun, tu je yang aku mampu…
Kalau aku salah n wat mende bodoh..
Aku nak blaja daripada salah silap aku…
I’m such a normal person with more and more mistakes…
Aku akan lebih kuat untuk idop n berusaha…
Nak jadi gigih macam makayah…
Ada semangat idop macam atuk, wan n mbah…

 

jangan jadi syaitooon November 9, 2009

Filed under: islam — extraordinarydesign @ 8:16 pm

kenapa lah manusia suke jadi hantu shaitooon?

aku nak share kisah seorang anak lelaki yang jadi depan mata aku…

anak yang disangka hero keluarga…
lelaki pula…
ibunya hantar belajar…
dengan harapan anak ini satu hari nanti jadi anak yang sekurang-kurangnya membesar jadi orang bergune…
tapi, bile belajar, mula kawan pompuan…
dulu pegang pompuan pun takut…
cakap dengan pompuan pun malu..
bile dengar cerita kes pompuan kene rogol, kutuk hina…
dielah lelaki paling baik…
paling protective…
pompuan pun tak pernah sentuh…
video lucah pun tak pernah tengok…

dalam berkawan, tak tahan dugaan…
kawan2 selalu bawak pompuan masuk rumah…
mule2 tengok n tak marah pun…
lama2 ada keinginan…

yelah nafsu macam gajah…
bile dah mule maen pompuan, ape lagi…
blaja mcm tahi la…
sibuk dengan nafsu serakah die..
quran tinggal…
takut nak dekat dengan masjid..
mesej2 lucah tu mmg jadi aktiviti harian…

bile ditegur, die cakap…
alaaaa, rileks la… semua lelaki macam tu…
ustaz2 tu kawen sampai 4 sebab nafsu gak…
alaaaaa, kecohla….
pompuan tu yang susah bukan aku…
alaaaaa, memekak la…
kalau ape2 jd kat idop aku bukan bukan aku mintak tolong ibu dan abah…
alaaaaa….. budak2 tahfiz tu aku tengok semua tengok mende2 lucah…

wah wah wah
cakap macam dah jadi alim ulama…
cakap macam dah tau hukum hakam agama…

kenapa setan sangat amek contoh orang yang same perangai setan…
agak2nye setan hanya mengenal setan…
bute agaknya lelaki ni bile dah dapat bende2 haram yang puaskan nafsu serakah…

blaja tak habis, menipu ibu dan abah die…
ibu dan abah die sedih… die cakap air mata ibu dan abah die tu air mata simpati…
bile pompuan celaka n setan tu pujuk rayu datang puaskan nafsu, kesian darling abang…

MEMANG DASAR BUTA KASIH SAYANG…
NASIB ALLAH TAK BUTEKAN MATA DAN HATI KAU PADA DUNIA DAN AKHIRAT…

anak yang EGO!!!
baru dapat pompuan murahan sorang, kAU MENDADA PADA IBU DAN ABAH KAU…
bile ibu dan abah kau tegur, KO PANGGIL IBU DAN ABAH KAU PENYIBUK!!!!
bile pompuan sihir rayu rindu dan sayang, OHHH KAULAH HEROIN ABANG SAMPAI MATI!!!
yelah, senang kau nak raba dan puaskan setan dalam badan kau
manusia macam ni biar bumi telan…

bile ditanya, antara ibu dan awek,
sapa cinta hati?
AWEK R….
murahnya kasih sayang lelaki macam kau…
kalau ibu dan abah kau kau campak2,
macam mana kau boleh dikatakan hargai AWEK KAU>>>>
harga diri kau, kau sendiri yang murahkan

Ya Allah,
aku ngeri tuhanku…
kenapa agaknya dipertontonkan tragedi2 tragis di depan mata aku…?
ini teguran buat diri aku…
setelah aku berfikir sekian lama…

aku mendapat buah fikiran:
kawan2 aku yang pompuan…
ada pakwe, suh pakwe sayang makbapak die lebih dari kite…
cuz one day, die akan jaga kite spenuh tanggungjawab die…
jangan pandang buruk orang banyak sangat…
takut jadi pada diri kite, terduduk nanti…

kawan2 laki aku:
jangan rosakkan maruah pompuan…
hari ni best korang meraba-raba…
nanti anak korang, kakak, adik n mak korang kene raba dengan laki lain yang suke jahanam kan pompuan,
korang jangan nak sedih2 plak…
tu balasan tuhan…

kepada diri aku:
aku harus ambil iktibar…
sedangkan orang paling jahat pun boleh bertaubat n jadih jauh lebih baik daripada orang laen…
tak mustahil kalau diberi hidayah dan petunjuk…
jiwa2 mereka inilah yang akan membela yang menjadi mangsa

so, macam mana jahat pun manusia…
jangan berenti bagi harapan n sokongan…
tunjukkan yang terbaik…
satu hari nanti, bile yang ikut setan sedar setan tu bawak masuk api…
die akan cari jalan ke syurga…

ujian Allah campak beza2…
hadapi dengan tabah…

hormat ibu bapa selagi masih ada
kite pun lahir2 hidup jahil n bodoh tak tau apa2…
so belajar daripada salah silap…
kalau tak penah wat silap , tipuuuu laaaa…
aku wat silap sebesar laut…
banyak lagi aku kene belajar

chow
tu je …
lu pk la sendirk

 

cinta dan kawin November 7, 2009

Filed under: Uncategorized — extraordinarydesign @ 4:30 pm

ramai orang bile jumpa lelaki idaman hati…
perkara pertama yang dilalui dalam hidup adalah bercinta…
aku pun lalui fenomena cinta…
amat indah tetapi menyakitkan.
aku mendekatkan hati ni pada cinta itu…
amat menyakitkan…
kenali mohd nizam mohd noor sham di pertandingan english debate…
tak sama sekolah tapi hati tertaut di situ…
aku student mahad, nizam student institut tahfiz al-quran.

orangnya pendiam,
malu…
tundukkan kepala..
garang..
tak cakap banyak..
senyum je aku descibe cuz rindu la..

bile aku sedih je… aku tak gitau nizam..
tapi, dpd mesir tu nizam call aku..
dia cakap opa rasa tak sedap hati, teringat yana…
mg setiap masa pun cenggitu…
aku ni kan ego…
konon2 jiwa kental…
depan nizam je aku boleh nak menangis n meraung…
semua masalah aku cerita…
family,
kawan-kawan,
future,
aku malas tulis diari..
nizam tu kira diari aku la jugak…
sebab dia tau banyak pasal idop aku…
daripada sekolah sampailah sekarang

cinta yang aku lalui amatlah berbatas…
tak pernah menyentuh dan disentuh ..
bertemankan adik-adik bile berjumpa…
penuh hormat dan rasa selamat…
sedangkan cinta cara begini pun amat menyakitkan…

ramai mak sedara aku cakap aku gatal cuz aku kapel time sekolah…
tapi, bagi aku,
sepanjang aku kenal nizam, dia lah yang paling banyak ajar aku jadi pompuan baik…
cakap kene perlahan-perlahan…
baju kene tutup aurat..
keluar pakai stoking..
dating kene bawa adik..

aku tau setiap kali dating, aku memang slalu cakap..
nizam dengar je cerita bodoh-bodoh aku..
adik aku n nizam gelak2 kan aku… tapi aku suke..
sebab aku selesa n boleh jadi diri aku…
yelah, walaupun nizam ni tak suke ape yang aku suke…
tapi, in other way, die baik sangat…

menunggu seorang lelaki yang aku cintai selama 6 tahun…
buatkan aku bersemangat belajar, belajar dan belajar…
nanges pun semangat gak..

dengan harapan bila dia pulang dan melamar aku,
aku sudah hafal quran…
aku sudah pandai masak…
aku boleh share apa aku blaja dengan dia…
aku pandai bergaya…
aku lebih cantik daripada hari ni..
aku pandai menari..
yang terbaru…
aku pandai maen gitar… aku nak maen sampai nizam terharu..
aku nak cerita masa blaja aku…
suke sangat berangan… best!!!

apa yang jadi pada hubungan aku hari ni adalah kerana pengorbanan…
nizam cakap dia nazar yang walauapapun jadi pada aku,
cacat atau sihat, die akan jaga aku…
nizam lelaki pertama yang peluk ayah aku sampai ayah aku rasa terharu…
nizam pun lelaki pertama yang adik2 aku sayang n terima…
die mesej aku semalam:

“hidup kite atas duniani…
mmg dugaan sayang..
dugaan n ujian yang kite rasa cukup besar…
tetapi alam akhirat nanti adalah jauh lebih besar…
saat tu,
beruntungla orang yang bersabar bile kene uji dengan ujian yang berat di dunia..
yana, tuhan sayang kite jauh dpd makayah kite.
dia pelindung kita..
doa banyak2 ye sayang..
Allah tuhan kite”

aku doa…
doa
doa
dan doa…
Allah satukan jodoh aku dengan nizam…
cuz die lah satu2nya lelaki yang aku cinta..
geli giler nak wat statement ni…
i love u oppa!!!
love u the way u r…

but if i know that u have someone else…
i will let u go…
mencintai bukan bermasud memiliki…
yana takkan kacau opa dengan awek opa..
i will live on for my family

 

semoga pergi dan pulang dengan selamat November 7, 2009

Filed under: My life — extraordinarydesign @ 2:21 pm
15445_1236143336298_1010664701_30754784_3834208_n

makcik n pakcik kat lembaga tabung haji

15445_1236143496302_1010664701_30754788_2468724_n

pulangla dengan selamat

makcik n pakcik pegi haji mmg penuh gaya…
semua orang hantar dengan kasih sayang…
family paling sporting,…
sian zahir kene tinggal makayah ko..
hahaha kene buli dgn aku nanti cuti…
tu je…
moga balik jadi makcik n pakcik lebih sporting…
slalu belanja kitorang…
ape2 pun balik n pegi dengan selamat…
ameen

 

with tun dr mahadhir mohamed November 7, 2009

Filed under: My life — extraordinarydesign @ 1:34 pm

13041_1200749103786_1380315727_30697971_4426451_n

13041_1200755183938_1380315727_30697981_7526757_n

me with puan rohaya..sweet

13041_1200755623949_1380315727_30697992_225885_n

me with associate proffesor

13041_1200755223939_1380315727_30697982_7102551_n

13041_1200743703651_1380315727_30697952_2364098_n

natural smile(tapi hati terluka)

13041_1200755543947_1380315727_30697990_7969422_n

gaya artistic kan?

13041_1200749423794_1380315727_30697975_916370_n

13041_1200755463945_1380315727_30697988_404696_n